Перейти к основному содержанию
AkademIndex

Продукты

Для разработчиков

AkademBaseОткрытый API экосистемы
Статья

Istilah Diplomatik dalam Korpus Parlimen Malaysian Hansard Corpus (MHC)

Muhtarova MunisaInstitut Bahasa dan Kesusasteraan Timur 1100060, Tashkent shahri, Mirobad Tumani, Amer Temur Shah Kochasi, Tashkent Tashkent State University of Oriental, Uzbekistan
ABI

Аннотация

Istilah diplomatik yang digunakan dalam Parlimen merujuk kepada penggunaan bahasa dan ungkapan yang berkaitan dengan dasar luar negara, hubungan antarabangsa, dan kerjasama diplomatik antara negara. Objektif kajian ingin mengkaji istilah politik yang terdapat dalam Korpus Parlimen Malaysian Hansard Corpus (MHC) yang bertarikh 25 Februari 2026, khususnya berkaitan dengan Usul Menteri di bawah Perkara 27(3) mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Korpus Parlimen (Malaysian Hansard Corpus-MHC) merangkumi dokumen dari tahun 1959 hingga tahun 2026 dan mengandungi 167,513,039 token. Namun, kajian ini ganya memfokuskan 1 buah fail imbasan (30 daripada 184 halaman) bagi mendapatkan taburan data secara rawak berkaitan istilah-istilah politik. Kajian ini menganalisis istilah politik dalam Korpus Parlimen Malaysian Hansard Corpus (MHC) bertarikh 25 Februari 2026, berkaitan Usul Menteri di bawah Perkara 27(3) mengenai Laporan Ketua Audit Negara. Melalui analisis terhadap istilah-istilah seperti "undang-undang", "libat urus", "tarif", "perintah eksekutif", dan "Kongres" berdasarkan Pendekatan Struktur Semantik (Ferdinand de Saussure, 1916), kajian ini menunjukkan bagaimana makna literal dan kontekstual tidak hanya berperanan untuk memberikan kefahaman tentang definisi istilah secara langsung tetapi juga memainkan peranan yang lebih besar dalam menyusun dan memperjelas perbincangan politik, diplomatik, dan ekonomi yang berlangsung di Dewan Rakyat. Istilah-istilah ini digunakan untuk membentuk naratif dan keputusan yang bukan sahaja penting bagi keberkesanan dasar negara, tetapi juga memberi impak terhadap hubungan antarabangsa serta strategi ekonomi negara. Implikasi daripada kajian ini ialah pemahaman yang mendalam mengenai makna istilah dalam perbincangan politik dapat memperkukuhkan proses pembuatan keputusan, seterusnya menghasilkan dasar luar negara yang lebih berkesan, memperbaiki hubungan antarabangsa, serta menyokong kestabilan ekonomi negara.

Перевод пока недоступен

Темы

Идентификаторы

Цитирования и источники